visitor stats

Artikel

Buat Efek Miniature dengan Lens Blur

Buat Efek Miniature dengan Lens Blur

Salam semua. Wah, dah lama Admin tak upload tutorial photoshop. Mesti korang rindu kan? Hihi.. ok. Kali ni Admin akan tunjukkan cara macam mana nak dapatkan efek ‘miniature’ dalam gambar dengan menggunakan photoshop. Efek miniature akan membuat gambar korang seolah-olah gambar barang mainan mini.

Kalau nak ikut step-by-step download dulu gambar bawah ni ok?

miniature

 

Langkah 1

Open gambar ‘train.jpg’

 

Langkah 2

Macam biasa, buat copy layer asal dengan tekan kombinasi keyboard ‘Ctrl+J’ atau ‘Cmd+J’ untuk pengguna Mac. Jadikan habit untuk buat backup layer asal supaya kalau tersilap langkah senang nak patah balik.

Screen Shot 2015-06-19 at 11.35.30 AM

 

Langkah 3

Aktifkan Quick Mask Mode atau tekan Q

quickMask

 

Langkah 4

Klik Gradient tool atau tekan kombinasi Shift+G. Kemudian pilih Reflected Gradient seperti dalam dalam gambar.

gradient

Screen Shot 2015-06-19 at 11.58.58 AM

Kemudian, klik pada Gradient Editor dan window di bawah akan keluar.

Screen Shot 2015-06-19 at 12.03.10 PM

Screen Shot 2015-06-19 at 12.06.08 PM

Screen Shot 2015-06-19 at 12.05.47 PM

Untuk dapatkan gradient seperti dalam gambar ini, klik pada bahagian kiri (rujuk gambar). Kemudian pada menu Color, pilih ‘User Color’ dan pilih warna putih. Sepatutnya korang akan dapat lebih kurang macam ni. Lepastu tekan OK.

 

Langkah 5

Klik dan drag mouse (pastikan Gradient Tool masih aktif) dari atas ke bawah seperti dalam gambar ni. Korang akan dapat bahagian merah di tengah-tengah.

Screen Shot 2015-06-19 at 12.10.24 PM

Screen Shot 2015-06-19 at 12.10.51 PM

 

Langkah 6

Matikan mode Quick Mask dengan tekan Q sekali lagi. Korang akan dapat garisan putus-putus macam ni.

Screen Shot 2015-06-19 at 12.21.44 PM

 

Langkah 7

Tambah Blur dengan klik Filter > Blur > Lens Blur

Screen Shot 2015-06-19 at 12.28.39 PM

Pada setting Lens Blur, ikut macam dalam gambar bawah ni dan klik OK. Kemudian tekan kombinasi Ctrl+D atau Cmd+D untuk hilangkan garis putus-putus.

Screen Shot 2015-06-19 at 12.31.20 PM

 

Langkah 8

Ok, last step. Adjust Saturation seperti dalam gambar ni. Klik Image>Adjustment >Hue Saturation

Screen Shot 2015-06-19 at 12.44.24 PM

Set kan seperti di bawah.

Screen Shot 2015-06-19 at 12.50.50 PM

Ok, siap! So camnilah caranya untuk dapatkan efek ‘Miniature’ dalam gambar korang. Korang boleh cuba perbaiki lagi efek tu dengan adjust kawasan yang patut diberikan fokus.

efek miniature

 

F.A.Q.

Admin, apa benda ‘miniature’ tu? Kenapa efek ni buat kereta api tu jadi macam mainan?

Soalan yang baik. Efek miniature adalah efek fotografi yang mana gambar dengan objek saiz sebenar nampak seolah-olah kecil dan nampak seperti mainan. Efek ni boleh terhasil dengan membuat kesan ‘blur’ pada sebahagian gambar untuk mendapatkan kesan ‘depth of field’ yang mana hanya terdapat pada fotografi jarak dekat.

Kenapa dah lama tak buat tutorial photoshop? Dah give up ke?

Ehhhhhhh…mana ada giveup? Siapa cakap? Kalau give up takde lah tutorial ni kan? Hehe. Korang doakan la supaya Admin dapat uruskan masanya dengan lebih baik supaya dapat kerap keluarkan tutorial, ok?

Tutorial ini berasal daripada http://www.instructables.com dan di olah dan terjemah oleh Kotakbox.

Belajar Menggunakan Photoshop Transform Tool dan Magnetic Lasso

Belajar Menggunakan Photoshop Transform Tool  dan Magnetic Lasso

Orait, tutorial minggu ni agak ringan sikit. Takde heavy-heavy stuff macam dua minggu lepas. Kali ni kita akan belajar macam mana nak jadikan gambar potret kepada karikatur. Buat kerja-kerja mengedit ni boleh menambahkan kreativiti korang semua. Kalau nak ikut step-by-step, download dulu gambar ‘Jejaka QuPuteh’

Link gambar:-

https://drive.google.com/file/d/0By5DNbqYRGiOWmg1UVEwM1VqV3c/view?usp=sharing

 

Langkah 1

Open gambar dengan nama ‘Jejaka QuPuteh’

 

Langkah 2

Buat salinan gambar ‘Jejaka QuPuteh’ dengan

-Klik pada Layer Background di tab Layers

-Tekan kombinasi keyboard CTRL+J atau CMD+J untuk pengguna Mac

Screen Shot 2015-05-15 at 11.41.04 AM

 

Langkah 3

Kita kena asingkan mamat QuPuteh(subjek) tu dengan background part by part. Mujur backgroundnya turut menggunakan QuPuteh. Senang sikit nak buang 😀

Asingkan Kepala

  • Mula-mula zoom kepada 100% di bahagian kepala menggunakan tool Zoom atau shortcutnya CTRL +    atau     CMD +     untuk pengguna Mac.

Screen Shot 2015-05-15 at 11.44.27 AM

  • Lepas tu, klik ikon Magnetic Lasso tool. Setkan setiingnya seperti berikut:-

Screen Shot 2015-05-15 at 11.48.17 AM Screen Shot 2015-05-15 at 11.50.18 AM

  • Potong bahagian kepala dia. Pastikan part dagu tu korang potong perlahan-lahan dan berhati-hati sebab kita nak bahagian tu kemas. Part rambut pulak tak dapat kemas pon tak ape. Refer gambar untuk rujukan.

Screen Shot 2015-05-15 at 12.00.32 PM

  • Korang akan dapat macam ni. Lepas tu asingkan kepala dengan tekan kombinasi keyboard CTRL+C atau CMD + C untuk Mac. Kemudian tekan CTRL+V atau CMD+V untuk tampal kepala yang dipotong tadi di Layer baru.

Screen Shot 2015-05-15 at 12.03.47 PM

  • Kalau Korang turn off Layer 1 tu korang akan dapat nampak kepala yang dah dipotong tadi. On kan balik Layer 1 supaya nampak badan tu kembali.

Screen Shot 2015-05-15 at 12.06.32 PM

 

Langkah 4

Sekarang kita nak besarkan kepala dia.

-Pastikan Layer 2 masih diselect.

-Zoom out balik kepada 50% dengan tekan CTRL – atau CMD –

-Klik Edit>FreeTransform

photoshop transform tool

-Setkan 200% untuk Width(W) dan Height(H) dan 7 darjah untuk rotate. Pastu klik simbol ‘right’ untuk confirmkan. Korang akan dapat macam bawah ni.

Screen Shot 2015-05-15 at 12.18.28 PM

-Dengan menggunakan Move tool, gerakkan kepala tu kepada posisi macam gambar ni.

Screen Shot 2015-05-15 at 12.20.18 PM

Screen Shot 2015-05-15 at 12.20.24 PM

 

Langkah 5

Masa untuk asingkan badan pulak.

  • Ikut macam langkah 3 tadi dan asingkan badan. Pastikan korang dah select Layer 1 balik!
  • Korang akan dapat macam gambar bawah ni. Tak perlu risaukan kepala tu sebab ianya berada dalam Layer lain.

Screen Shot 2015-05-15 at 12.41.50 PM

  • Macam Langkah 3 tadi jugak, copy dan paste badan tu ke layer lain.

 

Langkah 6

Untuk buatkan Jejaka QuPuteh nampak lebih kartun, kita kene buat beberapa modifikasi dekat badan dia.

-Klik Edit > Transform > Distort

Screen Shot 2015-05-15 at 12.57.37 PM

-Tarik kotak-kotak penjuru untuk mengubah bentuknya. Bila dah puas hati, tekan butang ‘right’ tu.

Screen Shot 2015-05-15 at 3.00.09 PM

 

Langkah 7

Disebabkan kita dah ubah bentuk badan dia, lensa kamera pun ikut terubah sekali dan nampak pelik. Nak betulkan balik senang je. Guna magnetic lasso pada lensa kamera tu sahaja. Lepas tu copy dan paste dalam layer baru. Kemudian ikut langkah 6 untuk kembalikan bentuknya kepada yang asal.

Screen Shot 2015-05-15 at 2.54.44 PM

Inilah hasilnya. Qu Puteh Qu Puteh…ha nah penampor!

 

Penutup

Macam mana tutorial kali ni. Senang kan? Ini adalah salah satu dari banyak lagi kegunaan Photoshop Transform Tool.Cuba korang buat pulak dekat gambar sendiri pastu share di facebook. Tag sekali page Kotak.Box tau!

F.A.Q.

Admin, kenapa kene guna magnetic lasso? Lasso lain tak boleh guna ke?

Boleh. Nak guna polygonal lasso ke, lasso biasa ke, pen tool ke semua boleh. Kita guna magnetic sebab ianya mudah dan cepat. Macam gambar ni, ianya lebih sesuai guna magnetic lasso sebab backgroundnya putih dan magnetic lasso dapat mengesan ‘edges’ dengan mudah dan tanpa banyak cekadak.

 

Boleh tak kalau saya nak belajar super impose?

Ha! Apa kau nak buat dengan super impose?? Nak buat dajal kat orang ke? Hehe…rilek-rilek. Gurau je. Boleh, nanti Admin fikirkan tutorial superimpose macam mana nak jadikan korang superhero. Nak?

 

Nota: Tutorial asalnya dari creativeblog yang mana di dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu.

Membuang ‘objek’ Dalam Gambar Guna Photoshop Content-Aware Fill

Tutorial Photoshop Content-Aware Fill

Selamat datang kembali! Minggu ni kita akan belajar cara untuk membuang ‘objek’ dalam gambar guna photoshop Content-Aware Fill. Download dulu gambar AntellopeMexico kalau nak ikut step by step. Jom kita mulakan.

Photoshop Content-Aware Fill

AntellopeMexico

Langkah 1

Open gambar dengan nama ‘AntellopeMexico’

 

Langkah 2

Buat salinan gambar ‘AntellopeMexico’ dengan

-Klik pada Layer Background di tab Layers

Screen Shot 2015-05-07 at 10.16.40 PM

-Tekan kombinasi keyboard CTRL+J atau CMD+J untuk pengguna Mac

 

Langkah 3

Buat selection dekat kawasan mana yang kita nak buang. Untuk tutorial ni, kita nak buang lubang yang kat tengah-tengah gambar tu. Ada letak lubang kat situ? Potong stim betul la.

Screen Shot 2015-05-07 at 10.16.58 PM

-Pastikan kita telah aktifkan Layer 1

-Klik Polygonal Lasso dan buat selection dekat kawasan lubang tu. Rujuk gambar untuk tengok kat mana kawasan tu.

Screen Shot 2015-05-07 at 10.50.32 PM

Screen Shot 2015-05-07 at 11.18.50 PM

 

 

 

Langkah 4

-Pastikan Polygonal Lasso tool masih aktif. Klik kanan dan pilih Fill

Screen Shot 2015-05-07 at 11.20.59 PM

  • Window Fill akan muncul. Kat situ pilih ‘Content-Aware’ dalam option Use.

Screen Shot 2015-05-07 at 11.25.18 PM

  • Setting lain biarkan default dan klik OK
  • Tunggu sekejap beberapa saat untuk komputer proses dan tadaaaa! Lubang dah hilang!

Screen Shot 2015-05-07 at 11.32.33 PM

Ok, lubang tu kita dah hilangkan tapi gambar masih tak berapa nak ‘cantik’ kan? Kita biarkan tu dulu nanti kita repair.

 

Langkah 5

Kita nak buang Antellope kat tengah tu pulak. Guna cara yang sama dengan Langkah 3 dan 4. Rujuk gambar untuk lihat kawawsan mana perlu di select.

Screen Shot 2015-05-07 at 11.47.58 PM

 

Langkah 6

Dalam langkah ni kita akan kenal pasti mana kawasan gambar yang perlu di perbaiki untuk jadikannya lagi cantik. Rujuk gambar untuk kawasan yang berkenaan.

Screen Shot 2015-05-07 at 11.48.40 PM

-Klik Spot Healing Brush Tool

Screen Shot 2015-05-08 at 12.40.14 AM

-Setkan brush diameter kepada nilai ‘250’

Screen Shot 2015-05-08 at 12.42.14 AM

-Klik dan brushkan kawasan yang terlibat

 

Langkah 7

-Terus betulkan kawasan lain yang korang rasa perlu repair dengan Spot Healing Brush Tool sampai puas hati.

 

antellopeMexicoFinal

Hasil Akhir

Siap! Ini adalah hasilnya. Kita dah berjaya membuang seekor antelope dan lubang di dalam sebuah gambar. Seronok tak? Admin harap ilmu ni dapat memberikan manfaat yang berguna kepada korang semua. Kalau korang ada masa, repairkan lagi kawasan yang nampak kurang ‘perfect’ tu sampai cun. Semoga kita jumpa lagi minggu depan. Chiow!

 

F.A.Q.

Wah! Macam mana Photoshop Content-Aware fill tu dapat buang antelope yang besar dalam gambar?

Terima kasih kepada engineer Adobe kerana dapat mencipta algoritma di mana tool tersebut membolehkan photoshop menganalisa gambar tersebut kemudian ‘membuang’ kawasan yang kita tak mahu dan digantikan dengan kawasan yang dirasakan sesuai untuk digantikan. Tak paham? Admin pun tak dapat terangkan sebab kalau magik mana ada penjelasan. Betul tak?

Kenapa kawasan yang saya guna Photoshop Content-Aware fill nampak pelik je?

Macam Admin cakap tadi, content-aware fill akan analisa gambar tu dulu dan tampal kawasan yang nak dibuang dengan kawasan lain. Tengok pada gambar yang nak di edit, ada sesetengah gambar akan membuatkan content-aware tak berjaya 100%. Ini memerlukan teknik manual dengan repair balik kawasan yang rasanya nampak pelik dan tak normal ikut mata dan gerak hati sendiri.

Menukar Warna Dalam Photoshop Dengan Fungsi Replace Color : Bahagian 2


 

Menukar Warna Dalam Photoshop Bahagian 2

Dalam bahagian 2 ni pulak kita akan belajar cara untuk kembalikan warna kawasan lain di dalam gambar yang telah bertukar warna ketika proses dalam bahagian 1 kepada warna asal.

Kalau nak ikut tutorial ni pastikan korang dah buat Menukar Warna Dalam Photoshop Dengan Fungsi Replace Color : Bahagian 1. Sudah? Jom kita mulakan!

Langkah 1

->Baca bismillah. Admin lupa nak baca dalam bahagian 1 dulu 😛

 

Langkah 2

->Klik pada Layer 1 dalam tab Layers

Menukar Warna Dalam Photoshop

 

Langkah 3

->Klik button Add Layer Mask. Satu kotak putih akan wujud di sebelah thumbnail Kereta Biru.

Screen Shot 2015-04-30 at 9.34.53 AM  Screen Shot 2015-04-30 at 9.35.36 AM

 

Langkah 4

->Klik kotak putih tu dan pastikan ada satu garis kotak muncul di luarannya.

Screen Shot 2015-04-30 at 9.37.33 AM

 

Langkah 5

->Klik pada Set Foreground Color

Screen Shot 2015-04-30 at 9.39.09 AM

->Tukar kepada warna hitam dengan nilai 000000

Screen Shot 2015-04-30 at 9.39.44 AM

->Klik butang Ok untuk tutup window Color Picker (Foreground Color)

 

Langkah 6

->Klik butang Brush Tool atau tekan je keyboard Ctrl+B (Shift+B untuk Mac)

Screen Shot 2015-04-30 at 10.43.51 AM

-> Adjust saiz Brush dengan shortcut keyboard    [     untuk saiz kecil atau      ]     untuk saiz besar. Atau korang boleh guna cara manual dan ubah slider saiz brush di Brush preset Picker.

Screen Shot 2015-04-30 at 9.46.17 AM

 

Langkah 7

->Gunakan brush tadi dan brushkan kawasan yang tak sepatutnya bertukar warna. Rujuk gambar untuk panduan.

Screen Shot 2015-04-30 at 9.29.21 AM-2

 

Penutup

Kereta biru kepada ungu!

Inilah hasilnya!

Senang kan? Apa yang kita guna tadi adalah teknik Masking. Warna putih mewakili kawasan yang kita nak simpan manakala warna hitam pula adalah kawasan yang kita nak buang.

 

F .A. Q.

Kenapa guna Masking dan bukan Eraser tool? Sama je kan?

Dua-dua boleh mencapai objektif yang kita nak tapi dua-dua tu cukup berbeza. Kalau guna Eraser tool, gambar Layer 1 korang dah tak boleh guna lagi dah lepas ni sebab imejnya dah dipadam terus. Berbeza pula dengan Masking, kita ‘cover/tutup’ je bahagian yang kita tak nak. Gambar asal boleh dikembalikan dengan delete Layer Mask sahaja!

Kenapa bila saya Mask, gambar saya seperti dipadam??! Saya tak dapat pun macam dalam tutorial ni?

Haa, kene buat bahagian 1 kalau nak sama ya?

Pastikan juga bawah Layer 1 (Layer mask) ada Layer Background. Barulah gambar asal keluar semula.

Harap ilmu ni bermanfaat untuk korang. Selamat mencuba dan jumpa lagi!

Menukar Warna Dalam Photoshop Dengan Fungsi Replace Color : Bahagian 1

 

Menukar Warna Dalam Photoshop

Okey, dalam tutorial ni korang akan belajar macam mana nak menukar warna dalam photoshop dengan beberapa langkah mudah. Korang boleh download dulu gambar ‘Kereta Biru’ kalau nak ikut step-by-step.

menukar warna dalam photoshop

Kereta Biru

 

Langkah 1

Open gambar dengan nama ‘Kereta Biru’

menukar warna dalam photoshop

Langkah 2

Buat salinan gambar ‘Kereta Biru’ dengan

->Klik pada Layer Background di tab Layers

Screen Shot 2015-04-29 at 11.40.35 PM

->Tekan kombinasi keyboard CTRL+J atau CMD+J untuk pengguna Mac

Screen Shot 2015-04-29 at 11.41.15 PM

Langkah 3

Pada menu bar

->Pilih Image > Adjustments > Replace Color…

Screen Shot 2015-04-29 at 11.42.09 PM

Langkah 4

Dalam window Replace Color

->Pastikan checkbox Preview telah diaktifkan

Screen Shot 2015-04-29 at 11.43.05 PM

->Klik ikon Eyedropper Tool

Screen Shot 2015-04-30 at 12.07.50 AM

->Klik pada bahagian kereta yang ingin diubah warna (sila lihat gambar untuk kawasan yang sesuai)

Screen Shot 2015-04-30 at 12.06.45 AM

->Adjust Fuzziness kepada nilai ’99’

Screen Shot 2015-04-30 at 12.09.00 AM

->Pada bahagian Replacement tukar nilai Hue kepada warna yang anda mahu. Saya memilih warna pink ungu dengan nilai ‘120’

Screen Shot 2015-04-30 at 12.13.26 AM

Langkah 5

Untuk penambahbaikkan

->Dengan menggunakan Eyedropper Add To Sample, klik pada bahagian yang masih berwarna lama untuk menukarkannya kepada warna baru (sila lihat gambar untuk kawasan yang sesuai)

Screen Shot 2015-04-30 at 12.14.09 AM

Screen Shot 2015-04-30 at 7.41.30 AM

->Jika dah puas hati dengan warna tersebut, klik butang OK.

 

 Siap!

Kereta biru kepada ungu!

Kereta biru kepada ungu!

Ini adalah salah satu cara dari pelbagai cara yang korang boleh guna untuk menukar warna dalam photoshop. Untuk bahagian 2, kita akan belajar macam mana untuk kembalikan kawasan lain di dalam gambar yang telah bertukar warna ketika proses ini kepada warna asal. Selamat mencuba dan jumpa lagi!

Baca bahagian 2 tutorial Menukar Warna Dalam Photoshop Dengan Fungsi Replace Color.

Pekan Kartun Kellies 2015

Pekan Kartun  Kellies 2015

pekan kartun kellies

Port Ipoh bersama dengan Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) akan menganjurkan Pekan Kartun 2 atau Pekan Kartun Kellies 2015. Acara tersebut bakal diadakan di Kelie’s Castle, Batu Gajah, Perak pada 21-22 Mac 2015.

Pekan Kartun Kellies 2015 menampilkan pelbagai program seperti pelancaran komik permainan tradisional di Perak, acara permainan tradisional di sekitar Kellie’s Castle, cabaran komik 24 jam, pertandingan cosplay, bazaar jualan komik dan animasi, bengkel-bengkel melukis, taklimat tentang animasi serta cosplay dan banyak lagi.

Menurut pengurus Port Ipoh, Zamari Muhyi, “Pekan Kartun Kellies Castle 2015 atau Pekan Kartun #2 adalah kesinambungan kepada Pekan Kartun #1 yang berlangsung di Port pada November 2014. Disamping itu, kali ini Pekan Kartun diadakan di Kellies Castle bagi meneruskan kesinambungan acara Karnival Kakikartun (Kakitun) 2014 yang pernah dijalankan di tempat yang sama pada March 2014.”

Tambah beliau lagi, “Pekan Kartun Kellies Castle kali ini akan mempertengahkan permainan tradisional Perak sebagai tema. Acara permainan tradisional akan dimainkan disekeliling Kellies Castle. Antara permainan yang akan dimainkan adalah seremban, konda kondi, Tarik upeh, galah panjang, congkak dan sebagainya. ‘Komik permainan tradisional di Perak’ yang dihasikan oleh kartunis-kartunis Perak bakal dirasmikan pada hari kedua Pekan Kartun berlangsung.”

“Pekan Kartun kali ini menampilkan acara bertaraf dunia iaitu cabaran komik 24 jam yang bakal menjadi cabaran komik 24 jam paling menyeramkan di dunia dan pertandingan cosplay pertama di Malaysia bertemakan Istana.” Zamari Muhyi menegaskan bahawa Pekan Kartun Kellies 2015 ini melebarkan lagi tahapnya menjadikan ia acara antarabangsa.

Pekan Kartun telah menarik perhatian antarabangsa apabila, pengasas acara cabaran komik 24 jam, Scott Mc Cloud seorang pelukis komik Amerika Syarikat turut mempromosikan acara  cabaran komik 24 jam di twitter beliau. Cabaran komik 24 jam kali ini adalah yang paling seram di dunia.

Selain, itu pertandingan cosplay bakal dijayakan bersama Kolej Komuniti Malaysia. Di mana setiap 16  cawangan kolej komuniti di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menghasilkan 1 cosplay berdasarkan watak kartun Malaysia. Justeru itu, inilah pertandingan cosplay yang menampilkan kemunculan cosplay kartun Malaysia yang pertama.

Bagi memeriahkan lagi acara Pekan Kartun, ‘Cita Cinta’ nyanyian Riverwalk Busker telah dipilih sebagai lagu tema Pekan Kartun. Lagu tersebut merupakan single pertama kumpulan muzik tempatan Riverwalk Busker. Video muzik ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kini, terdapat 6 video teaser yang telah dikeluarkan oleh PEKOMIK dan ANIMAS di youtube.

Pekan Kartun Kellies 2015, yang diuruskan oleh anak-anak Perak sendiri akan menampilkan jualan bazaar komik yang disertai oleh gergasi-gergasi penerbitan, studio, NGO dan juga indie. Antaranya adalah Karangkraf, PTS Publication, Moy Publication (Ujang), Creative Enterprise (Gila-gila), Seads Studio (Awang Khenit), Addeen Studio (Dunia Eicak), PEKOMIK, ANIMAS, Kelab Kartunis Malaysia (KKM), Comicoreclub, Penggiat Komik Indie Malaysia, Trilog, Last Sprinter, Kotakbox.net, Komikajif dan banyak lagi.

Pekan Kartun Kellies Castle 2015

pekan kartun

Pekan Kartun Kellies Castle 2015

Port Ipoh bersama dengan Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PEKOMIK) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) akan menganjurkan Pekan Kartun 2 atau Pekan Kartun Kellies 2015. Acara tersebut bakal diadakan di Kelie’s Castle, Batu Gajah, Perak pada 21-22 Mac 2015.

Pekan Kartun Kellies 2015 menampilkan pelbagai program seperti pelancaran komik permainan tradisional di Perak, acara permainan tradisional di sekitar Kellie’s Castle, cabaran komik 24 jam, pertandingan cosplay, bazaar jualan komik dan animasi, bengkel-bengkel melukis, taklimat tentang animasi serta cosplay dan banyak lagi.

Menurut pengurus Port Ipoh, Zamari Muhyi, “Pekan Kartun Kellies Castle 2015 atau Pekan Kartun #2 adalah kesinambungan kepada Pekan Kartun #1 yang berlangsung di Port pada November 2014. Disamping itu, kali ini Pekan Kartun diadakan di Kellies Castle bagi meneruskan kesinambungan acara Karnival Kakikartun (Kakitun) 2014 yang pernah dijalankan di tempat yang sama pada March 2014.”

Tambah beliau lagi, “Pekan Kartun Kellies Castle kali ini akan mempertengahkan permainan tradisional Perak sebagai tema. Acara permainan tradisional akan dimainkan disekeliling Kellies Castle. Antara permainan yang akan dimainkan adalah seremban, konda kondi, Tarik upeh, galah panjang, congkak dan sebagainya. ‘Komik permainan tradisional di Perak’ yang dihasikan oleh kartunis-kartunis Perak bakal dirasmikan pada hari kedua Pekan Kartun berlangsung.”

“Pekan Kartun kali ini menampilkan acara bertaraf dunia iaitu cabaran komik 24 jam yang bakal menjadi cabaran komik 24 jam paling menyeramkan di dunia dan pertandingan cosplay pertama di Malaysia bertemakan Istana.” Zamari Muhyi menegaskan bahawa Pekan Kartun Kellies 2015 ini melebarkan lagi tahapnya menjadikan ia acara antarabangsa.

Pekan Kartun telah menarik perhatian antarabangsa apabila, pengasas acara cabaran komik 24 jam, Scott Mc Cloud seorang pelukis komik Amerika Syarikat turut mempromosikan acara  cabaran komik 24 jam di twitter beliau. Cabaran komik 24 jam kali ini adalah yang paling seram di dunia.

Selain, itu pertandingan cosplay bakal dijayakan bersama Kolej Komuniti Malaysia. Di mana setiap 16  cawangan kolej komuniti di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menghasilkan 1 cosplay berdasarkan watak kartun Malaysia. Justeru itu, inilah pertandingan cosplay yang menampilkan kemunculan cosplay kartun Malaysia yang pertama.

Bagi memeriahkan lagi acara Pekan Kartun, ‘Cita Cinta’ nyanyian Riverwalk Busker telah dipilih sebagai lagu tema Pekan Kartun. Lagu tersebut merupakan single pertama kumpulan muzik tempatan Riverwalk Busker. Video muzik ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kini, terdapat 6 video teaser yang telah dikeluarkan oleh PEKOMIK dan ANIMAS di youtube.

Pekan Kartun Kellies 2015, yang diuruskan oleh anak-anak Perak sendiri akan menampilkan jualan bazaar komik yang disertai oleh gergasi-gergasi penerbitan, studio, NGO dan juga indie. Antaranya adalah Karangkraf, PTS Publication, Moy Publication (Ujang), Creative Enterprise (Gila-gila), Seads Studio (Awang Khenit), Addeen Studio (Dunia Eicak), PEKOMIK, ANIMAS, Kelab Kartunis Malaysia (KKM), Comicoreclub, Penggiat Komik Indie Malaysia, Trilog, Last Sprinter, Kotakbox.net, Komikajif dan banyak lagi.

Jom cek Facebook rasmi Pekan Kartun!

Allahyarham Nik Abdul Aziz

Al-Fatihah Tuan Guru

kotakbox | Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un buat Allahyarham Nik Abdul Aziz

Kami daripada Kotakbox mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu
tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”(Ali-’Imran: 185)
nik aziz

 

Mat Komik : Komuniti Komik Malaysia

Industri komik Malaysia sememangya makin berkembang pesat hari demi hari. Admin ingat lagi kalau masa dulu-dulu kalau nak baca komik ‘Made in Malaysia’, pilihan yang ada cuma Gila-gila, Ujang, Apo. Pastu keluar Majalah Komik Gempak yang mana waktu tu sangat-sangat popular sebab ia menggabungkan komik-komik tempatan yang cambest dan info-info pasal video games.

mat komik

Ye la kan, time tu internet masih baru. Tak semua rumah ada. Kalau ada pun, mmg lembab macam siput cadburry.

Cukup pandang ke belakang, kita fast forward masa sekarang. Internet dah berpuluh kali laju dari dulu. Nak baca komik pon dah senang. Capai tablet, pergi website komik online dah boleh baca. Tak perlu nak pergi bandar beli komik lagi dah. Admin suke baca komik-komik tempatan especially komik-komik pelukis ‘underground’. Komik-komik diorang ni pada admin special sikit. Idea diorang radical, fresh dan kadang-kadang ‘out of the box‘ bak kata omputih. Semua ni penting untuk pembangunan bangsa kita yang layu.

Sebab utama admin bekerja sama dgn Huzza untuk menghidupkan Kotakbox adelah untuk meniupkan api semangat dan menyentuh isu-isu sosial yang melanda negara ni melalui komik.

Nampaknya hari ni, ada satu lagi laman web tempatan yang berkongsi visi yang hampir sama dengan Kotakbox. Admin nak perkenalkan, Mat Komik : Komuniti Komik Malaysia. Mat Komik ni tersangatlah best sebab dia mengumpulkan semua komik-komik underground yang ada kat Malaysia di bawah satu bumbung ( Kotakbox baru ada 2 pelukis je. Nanti kami kejar ye? hehe ) Sekarang kalau tak silap admin dah ada dalam 57 komikyang disiarkan dalam Mat Komik. Fuh..banyak!

Jom kita ramai-ramai pergi web Mat Komik. Komik favourite admin kat situ adelah Abu Nuwas oleh Ahmed Fani. Ideanya memang mantop.

Mat Komik: Komuniti Komik Malaysia

Perbezaan Hari Raya Dulu dan Sekarang

Hari raya

Ada beza ke hari raya dulu dan sekarang? Admin lahir tahun 80-an. So, admin dapat rasa yang raya dulu dan sekarang dah tak sama lagi dah. Jom baca kalau nak tau.

 

raya dulu dan sekarang

1. Buat kuih raya

Orang Dulu-dulu

Start je 15 Ramadhan dah start bershopping beli bahan-bahan buat kuih raya. Setiap malam lepas solat terawikh anak-beranak duduk berkumpul di dapur bakar kuih. Adik pula offer diri jadi tester. Habis satu tray dibahamnya. Stok hari raya yang mak dan kakak simpan habis sebelum tetamu sempat makan!

Orang Sekarang

Giant, Tesco, Aeon menjadi tempat serbuan untuk kuih express.

beza raya dulu dan sekarang

2. Hantar kad raya

Orang Dulu-dulu

Sibuk beli kad, beli setem, fikir pantun khas untuk hantar kad raya. Pecah kaca pecah gelas…haa, ingat?

Orang Sekarang

Teet tett…SMS, Whatsapp, Wechat menjadi pilihan. Tu pun ada yang berkurun tunggu mesej hari raya tak berbalas.

beza raya dulu dan sekarang

3. Main bunga api

Orang Dulu-dulu

Balik kampung adalah saat yang paling dinantikan sebab apa? Boleh main bunga api! Abang besar pulak main mercun bom. Takpun beli karbaid buat meriam buluh.

Orang sekarang

Duduk dalam rumah main tablet dan smartphone masing-masing.

beza raya dulu dan sekarang

4. Hadiah puasa penuh

Orang Dulu-dulu

Adik bila puasa penuh 30 hari, dapat RM30 bila tiba hari raya.

Orang sekarang

Setakat RM30 dah tak pandang. Gadget-gadget macam galaxy tab, ipad mini menjadi idaman.

beza raya dulu dan sekarang

5. Tempah baju raya

Orang Dulu-dulu

Enam bulan sebelum raya dah shopping kain nak buat baju, ambil ukuran badan. Kalau boleh satu family nak sedondon warnanya.

Orang sekarang

Apa susah-susah, baju Aaron Aziz kan ada?

beza raya dulu dan sekarang

6. Cari duit raya

Orang Dulu-dulu

Budak-budak riuh berpusu-pusu cari duit raya keliling kampung. Bila berselisihan dengan kawan, saling tukar maklumat rumah siapa bagi duit paling banyak, rumah siapa tak bukak pintu.Keluar pagi, balik senja, poket tebal 5 inci!

Orang sekarang

Budak-budak dah tak heran dan malas nak pergi cari sebab duit raya yang ‘collect’ kat rumah (abg, kakak, mak, ayah bagi lagi banyak) Lagipun ade tablet boleh main. 😛

beza hari raya dulu dan sekarang

7. Ziarah rumah jiran

Orang Dulu-dulu

Jiran sambut tetamu dengan hati terbuka. Ikatan silaturahim makin bertambah erat. Dapat gak usha awek rumah sebelah yang cun!

Orang sekarang

Ali : Assalamualaikum Pak Abu. Assalamualaikummmmmmmmmm! Jiran sebelah nak raya ni!

Pak Abu : Rumah takde orang!

Itulah perbezaan Hari Raya dulu dan sekarang. Sedih rasanya generasi akan datang tak dapat merasai meriahnya raya macam zaman dulu-dulu.